Kelas Digital E kelas

16 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

15 Ogos 2020 – Sempena dengan pembukaan Portal Baharu e- Kelas 2020,PI Sungai Lui telah mengadakan satu kelas untuk memberi taklimat pengenalan kepada pelajar tentang pembaharuan yang terdapat di dalam portal e-Kelas.

Pelajar juga dibimbing untuk membuat pendaftaran semula menggunakan akaun gmail yang digunakan di sekolah. Bagi pelajar yang tidak menggunakan akaung mail di sekolah, mereka diajar cara-cara mendafta akaun gmail yang baru. Penyelarasan ini adalah untuk memastikan permarkahan dalam portal dapat diselaraskan dengan pihak sekolah melalui program HIP (Highly Immersive Programme) iaitu satu program kerjasama antara Maxis e-Kelas dan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Selepas peserta mempunyai akaun gmail masing-masing,peserta dibimbing pula cara membuat pendaftaran semula di dalam portal, cara menukar tetapan dan mengisi maklumat diri di dalam profile. Kelas berlansung selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi hingga 11.00 pagi dan dihadiri oleh seramai 5 orang pelajar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali